secret_white
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31




free counters

"DI SEBALIK KEINDAHAN RUMAH TERSERGAM, DI SEBALIK SENYUM DAN TAWA, SESEORANG INSAN ITU MUNGKIN DILANDA KEPAHITAN DAN KEKECEWAAN YANG TIDAK DIKETAHUI ORANG LAIN" RENUNGKANLAH

Nasihat Imam As-Syafi'ie: "Kau tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan 6 syarat iaitu KECERDASAN, SEMANGAT WAJA, RAJIN DAN TABAH, BERKEMAMPUAN, BERSAHABAT DENGAN GURU, WAKTU YANG LAMA."

"BERSIHKANLAH HATI DARI SEGALA KEKOTORAN KERANA HATI YANG BERSIH LAMBANG KEIMANAN"


"CINTA LEBIH TUA DARI ALAM INI KERANA ALAM INI DIJADIKAN OLEH ALLAH ATAS DASAR CINTA."-Muttanabi


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Ada 4 yang dipandang sebagai ibu iaitu 1. IBU DARI SEGALA UBAT IALAH SEDIKIT MAKAN 2.IBU DARI SEGALA ADAB ADALAH SEDIKIT BERBICARA 3. IBU DARI SEGALA IBADAT ADALAH TAKUT BUAT DOSA 4. IBU DARI SEGALA CITA-CITA ADALAH SABAR

"DIRI MANUSIA ITU ADALAH KECIL TETAPI DALAM DIRI MANUSIA ITU TERDAPAT SUATU ALAM YANG BESAR."-Saiyidina Ali


"TUJUAN AGAMA DAN ILMU YANG BENAR HANYALAH SATU, IAITU MENUJU KEBENARAN ADALAH MUTLAK. ILMU UNTUK MENGETAHUI DAN AGAMA UNTUK MERASAI. ILMU UNTUK BENDANYA DAN AGAMA UNTUK JIWANYA." -Hamka


"KECERDIKAN TIDAK TERLETAK PADA WAJAH SESEORANG TETAPI PADA MATA YANG MEMANDANG"


"AKAL KATA CANTIKNYA WANITA ITU ADALAH KERANA KEINTELEKTUALANNYA. NAFSU KATA CANTIKNYA WANITA ITU ADALAH KERANA PARAS RUPANYA. HATI KATA CANTIKNYA WANITA ITU ADALAH KERANA AKHLAKNYA."


"CANTIK WANITA KERANA KEJERNIHAN WAJAH, MANIS WANITA KERANA SENYUMAN, AYU WANITA KERANA KESEDERHANAAN LAHIRIAH, HEBAT WANITA KERANA KESABARAN, MULIA WANITA KERANA KEIMANAN DAN CINTAKAN ILAHI."


"SAHABAT YANG BERIMAN IBARAT MENTARI YANG BERCAHAYA, SAHABAT YANG SETIA BAGAI PEWANGI YANG MENGHARUMKAN, SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN, SAHABAT BERHATI MULIA MEMBAWA KITA KE JALAN ALLAH." -sms daripada bro Aizat Faiz

"MAKSUD AGAMA ADALAH MEMBENTANGKAN JALAN, MANAKALA FIKIRAN IALAH MEMBANDINGKAN DAN MENIMBANGKAN."-Hamka


"AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA, ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH."

"HATI YANG TERLUKA UMPAMA BESI BENGKOK, WALAU DIKETUK SUKAR KEMBALI KEPADA BENTUK YANG ASAL."

"JANGAN TERTARIK KEPADA SESEORANG KERANA PARASNYA, SEBAB KEELOKAN PARAS DAPAT MENYESATKAN. JANGAN PULA TERTARIK KEPADA KEKAYAANNYA, KERANA KEKAYAAN DAPAT MEMUSNAHKAN. TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT MEMBUATMU TERSENYUM, KERANA HANYA SENYUMAN YANG DAPAT MEMBUAT HARI-HARI YANG GELAP MENJADI CERAH."


"ORANG YANG BERBOHONG ITU SENTIASA INGIN MELARIKAN DIRI SEDANGKAN TIADA SEORANG PUN YANG MENGEJARNYA NAMUN ORANG YANG BENAR ITU BERANI SEPERTI SINGA."-Goethe

"HANYA LIDAH YANG MAHU BERDUSTA DAN BERBOHONG. NAMUN PANDANGAN MATA, HAYUNAN KEDUA BELAH TANGAN, LANGKAH KEDUA BELAH KAKI DAN PERGERAKAN TUBUH ATAU SELURUH ANGGOTA BADAN AKAN MENAFIKAN APA YANG DIUCAPKAN OLEH LIDAH."-Khalifah Ali bin Abi Talib

"SYAITAN LEBIH SUKA UNTUK MENYESATKA ORANG YANG ALIM DARIPADA ORANG YANG JAHIL KERANA ORANG ALIM APABILA SESAT MAKA DIA AKAN TURUT MENYESATKAN ORANG LAIN DENGAN KEJAHILANNYA SEDANGKAN ORANG JAHIL TIDAK BEGITU."-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

BUKU ADALAH:"TEMAN BICARA YANG TIDAK MENDAHULUIMU. TEMAN BICARA YANG TIDAK MEMANGGILMU KETIKA KAMU BEKERJA. TEMAN BICARA YANG TIDAK MEMAKSAMU BERDANDAN KETIKA MENGHADAPINYA. TEMAN HIDUP YANG TIDAK MENYANJUNGIMU. KAWAN YANG TIDAK MEMBOSANKAN. PENASIHAT YANG TIDAK MENCARI-CARI KESALAHAN."-Ahmad Bin Ismail

"Renung fikiranmu,ia menjadi kata-kata. Renung kata-katamu,ia menjadi perbuatan. Renung perbuatanmu,ia adalah amalan Renung amalanmu,ia adalah sifatmu"

"Tunjangkan resahmu ke dada solat, Himpunkan keperitanmu dalam genggaman doa, Tutuplah kekecewaanmu dengan taqwa, Nilaikan cermin diri dengan keikhlasan hati..."


"Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin...basah dan lembab... dan tidak disukai insan... Tetapi sesudah musim sejuk itulah... tumbuh bunga-bunga dan buah-buahan"


"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."


~Jom Baca~

Akane Chan@Aza Azra
Mieyo
Sis Zafiqa
Sis Arnamee
Sis Asniza
Aisyah Hanin
Kak Fahamieza
Syekhul Islam
Ustaz Zickry
Zuhdi Johan
Sis Ukhtiza
Nur Mestika
Sis Atriza
Sis Sufy
Sis Khaulah

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, March 08, 2011
Bersemangat Semula

dunia ini seperti medan perang.

dan kita adalah pejuang.

hidup penuh berliku, tapi kita perlu bersemangat semula.

yakinlah, bahawa Allah ada bersama kita.

ya, untuk bina semangat yang patah bukannya mudah.

menyembuhkan luka-luka semalam juga tidak mudah.

lukanya sembuh, tapi parutnya tertinggal.

namun, bukankah Allah telah menjanjikan hikmah yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang bersabar?

yakinlah dengan Allah... Allah ada bersama kita...

jika kita, masih lagi rasa terumbang-ambing...tidak tahu kemana arah tujuan...

kembalilah kepada yang asal. kembali kepada fitrah.

back to basic, back to Allah.

kerana selagi nyawa tidak dicabut, pintu taubat masih terbuka untuk kita.

bersemangatlah semula!

kerna sinar cahaya itu ada!

^_^


Posted at Tuesday, March 08, 2011 by secret_white
Make a comment  

Monday, February 28, 2011
JARI MENARI

now, i'm working on some writing piece.

pray for me, my dear friends.

moga dapat disiapkan dan menjadi bahan bacaan yang berguna.

amin.

 


Posted at Monday, February 28, 2011 by secret_white
Make a comment  

Thursday, February 17, 2011
SYAIR IMAM SYAFIE ~2~

 

kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku

semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).


Posted at Thursday, February 17, 2011 by secret_white
Make a comment  

Wednesday, January 26, 2011
Sebuah Kisah Teladan

 
Satu kisah ketika Sayyidina Ali bin Abi Tholib semasa masuk ke masuk Masjid Jami' di Basrah. Beliau mendapati ramai orang yang memberi ceramah/mengajar di dalamnya. Maka beliau menguji mereka dengan beberapa pertanyaan dan ternyata mereka tidak dapat menjawab dengan tepat. Mereka terus diusir dan tidak diizinkan memberi ceramah di masjid itu;  dan ketika sampai kepada Majlis Al-Hassan A-Basri, 

Sayyidina Ali bin Abi Tholib bertanya; Hai pemuda,  saya akan bertanya kepadamu sesuatu.  Jika engkau dapat menjawab,  aku izinkan engkau terus mengajar di sini,  tetapi jika engkau tidak dapat menjawab,  aku akan usir engkau sebagaimana lain-lain temanmu yang telah aku usir.

Jawab Al-Hassan A-Basri;  Tanyakan sekehendakmu.


Sayyidina Ali bertanya;  Apakah yang dapat mengukuhkan agama? 

Jawab Al-Hassan;  Wara' 



Lalu ditanya lagi;  Apakah yang dapat merosakkan agama? 

Jawabnya;  Tamak. 


Lantas Sayyidina Ali berkata kepadanya;  "Engkau boleh tetap mengajar di sini.  Orang seperti engkau inilah yang dapat memberi ceramah kepada orang-orang".


Difaham daripada kisah ini,  maka sewajarnyalah kita sebagai seorang penuntut yang ingin belajar dan mendapat bimbingan yang betul lagi benar;  perlu mencari seorang guru yang memiliki sifat-sifat seperti di atas iaitu tidak tamak kepada apa jua habuan diri atau dunia dan Wara' halnya dalam tiap-tiap sesuatu.  Dengan memiliki guru seperti ini,  maka insyaAllah akan datanglah keberkatan dari Allah Taala untuk menerima sentuhan pengajarannya dan seterusnya dapat mengamalkannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.


sumber:lianazulak


Posted at Wednesday, January 26, 2011 by secret_white
Make a comment  

Monday, January 24, 2011
MUTIARA KATA KAHLIL GIBRAN

 

 Khalil Gibran - Penyair Terkenal Lubnan

-Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata ‘Ibu’, dan panggilan paling indah adalah ‘Ibuku’. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati. -

-Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan;berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam abu.-

-Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu. -

-Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.-

-Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar. -

-Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan. -

-Inspirasi akan selalu bernyanyi; kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan. -

-Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita. -

-Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta. -

-Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan. Kerana aku tidak akan berdiri diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu.

-Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkannya atau -menuliskannya dengan menyedari akan keabadiannya. -

-Sebab kehidupan tidak berjalan mundur, pun tidak tenggelam dimasa lampau.  -

-Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia.-

-Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri-

 

p/s: kata-kata ini telah di ambil daripada blog ini. --> syafiqueasma


Posted at Monday, January 24, 2011 by secret_white
Make a comment  

Thursday, December 30, 2010
=)

Assalamualaikum...

akhirnya saya kembali jua..kembali ke sini untuk meng update...

maaf semua yang menunggu entry baru...

entry kali ini mungkin carca marba sahaja. huhu..

 

SEBENARNYA AKU SEDANG MENCARI..

MENCARI DIRI SENDIRI...

ENTAH BILA PENCARIAN INI AKAN BERAKHIR...

KADANGKALA AKU RASA AKU MENGERTI APA YANG AKU TEMUI...

KADANGKALA SATU APA PUN TIDAK MEMAHAMINYA...

AKU BUNTU...

HANYA PADAMU AKU MAMPU MEMOHON, YA ALLAH...

TEMUKAN AKU PADA JALAN YANG BENAR..

DAN JANGAN KAU SESATI AKU DENGAN SEGALA TIDAK KEPASTIAN INI..

AKU HANYA INSAN BIASA YANG MENGHARAPKAN RAHMATMU..

YA ALLAH...

IKHLASKAN HATI INI..

SUNGGUH HIDUPKU INI

HANYA INGIN AKU PERSEMBAHKAN PADA DIRIMU..

TAPI YA..

KADANGKALA AKU LEKA DAN TERBUAI..

YA ALLAH..

TOLONGI AKU...

SUNGGUH AKU INGIN JATUH CINTA PADAMU..

MENCINTAIMU LEBIH DARI SEGALANYA...

YA ALLAH..

AKU INGIN MENCINTAI MU SEBELUM DIA (whoever he is)...

YA ALLAH..

KAU JAGALAH HATI KU INI..

BANTULAH AKU, YA RABB...

HANYA PADAMU AKU MEMOHON DALAM PENCARIAN INI..

DAN HANYA PADAMU AKU MEMOHON MENJAGA HATI INI...


Posted at Thursday, December 30, 2010 by secret_white
Make a comment  

Wednesday, April 28, 2010
...

hurt...
deeply hurt...
so damn hurt...
ya Allah...
please guide me...
i'm just a human..


Posted at Wednesday, April 28, 2010 by secret_white
Comment (1)  

Friday, April 23, 2010
CERITA TIGA BERADIK: TIADA LAGI HARI IBU



"assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni.." Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.

"eh? tak berkunci pintu ni.." getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.

"ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!" teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.

"terima kasih.. sayang anak-anak mak.." Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.

"MISI SUPRISE BERJAYA!" serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.

***

Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.

Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu', tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.

"sodaqallahul azim.." Mak menamatkan bacaannya dengan iringan 'alarm clock' yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.

"SARAPAN DAH SIAP!" tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.

"jom makan, sayang.." Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.

"terima kasih, bang.." sambil Mak mendakap Abah. "terima kasih along, angah, adik.." Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.

*******

Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi....

***

Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi....

***

Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi....

***

Tapi.... Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.

Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.

Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa.... Ya Allah, rahmatilah ibu kami!

-sumber
iluvislam (akh husain)


adesss..rase macam terkena kat tepat batang hidung sendiri..huwaaa..miss my mama so much..ni yg rase nak nangis ni.. dah xde ari ibu.. dah 3 tahun xsambut hari bu tahun ni nak masuk tahun keempat..sedey nyer..jeles kat org2 yg masih ade ibu..

pesanan utk anda yg masih mempunyai ibu... hargai lah dan sayangilah ibu anda.. coz once ur mother dah tak ada baru u all tau sakit nak tanggung rindu sakit sbb xdpt nak tgk die lg..sakit bile cume mampu tgk gambar je...sakit bile xdpt dgr suara lg.. semuanye menyakitkan...lebih2 lg bile tgk org lain yg masih bahagia dgn ibu2 mereka.. serius..sedeynye hanya Allah yang tau....

Posted at Friday, April 23, 2010 by secret_white
Make a comment  

Sunday, April 18, 2010
SYAIR IMAM SYAFIE - ELAIKA .






Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk harapanku,

Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang maha Pemberi dan maha Pemurah,

Bila mana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku, Ku jadikan rayuan daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu,

Bila mana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini,

KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan,

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku, Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah nikmat itu kepadaku,

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku,dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu,

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan, kezaliman, penganiyaan yang takkan terhapus di hari berhimpun kesedihan,

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa,

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka,

Dia adalah seorang yang fasih ketika mengingati Rabbnya, dan bila mana dia bersama selain tuhannya di dunia ini, dia membisu

Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap,

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu, dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar,

Di saat ku jaga,aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap, mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang,

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini, Namun ku tahu keampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih besar dan lebih mulia.


-copy paste dan sumber dari atam-16.blog.friendster.com


Posted at Sunday, April 18, 2010 by secret_white
Make a comment  

bla..bla..bla..



Mama...
life's so hard without you ma...
family ada masalah lagi mama..
dan semuanya macam terumbang ambing ma...

Mama..
Seriously we need you ma..
mak n ayah need u..
abang n abangngah need u...
and...
i need u so much!!

Entahla mama..
adik kesian dgn mak n ayah..
sedih tgk diorg sedih n tertekan...
kat rumah ni xada sape pun yg mcm mama...

without u mama..
kitorg ni macam lumpuh..
macam tgn yg kudung n patah kaki...
macam stroke setengah badan..
u r so important mama...

walaupun kat rumah ni nama je ada lelaki..
tapi xmungkin sama macam mama...
mama..u were the leader sejak dulu lagi..
n bila mama pergi..
xada siapa yg boleh ganti...

ayah n mak dah tua..xmungkin diorg dapat membuat keputusan...
lgpun sejak dulu lg diorg byk serahkan semue tanggungjawab n keputusan dkt mama..
uncle az pulak...he cant be u..
die xbley gantikan tmpat mama..coz die still xdpt manage segalanye dgn baik...
abg-abg pulak..u knew them well kan mama...
aunty nor n aunty za plak mmg xpernah dapat buat keputusan utk family yg besar mcm ni...
n thats left me....
u know what mama...
ada org blame me bcoz i xdpt nak settlekan this problem..
they expect me to be u...
they expect me to be someone yg selesaikan segalanye macam u...

i dont know...
i cant be u mama..
i'm not u..
u were so amazing sampai tiada pengganti dlm rumah ni...
i tak mungkin boleh jadi sehebat u dlm byk perkare...
but i know they need my keputusan n participation as well...
im so tired mama..

mama..
adik betul2 tak tau nak buat ape..
mak mengadu macam2...
aunty nor suruh adik bincang dgn uncle az...
tapi masalahnye i know uncl az so well that i da boleh agak what is his answer...

dan aunty za plak...
kata-kata die boleh membuatkan family pecah belah..
tapi Alhamdulillah uncle az,aunty nor n mak byk bersabar..
tu pun adik rase uncle az n aunty nor byk bersabar sbb kenangkan mak n ayah...
n maybe diorg still ingat kata-kata adik yg xnak family ni pecah belah no matter what...

i'm just 19 ma..
but as usual u all treat me like i'm 30++ or maybe 40++...
n i know diorg skrg quite kurang senang dgn i just bcoz i hang out with my frens...

mama..
u knew kan adik jarang keluar rumah dari dulu smpai skrg..
takkan sekali-sekala adik xboleh nk keluar dgn my frens ma?
abg-abg xckp ape pun...
adik dgr bile diorg keluarkan macam2 perintah...
but adik just mintak sikit kebebasan..
i know how to take care of myself..
i keluar dgn kawan perempuan bukannye lelaki..
abg-abg maybe faham n percayakan i..
tapi yg lain..ntah la...
adik xmenipu mama...adik xkan tipu family adik sndiri...
n adik mesti ceritekan or kenalkan semue kwn2 adik pada diorg...
lgpun adik cume dpt keluar mase adik sihat je..tu pun jarang sgt..
mase sakit ofcoz adik da tak kluar lg da...

maybe diorg xpuas hati coz..mase adik keluar aritu..
family ade meeting..
mana la adik tau diorg nak adakan meeting..
diorg xcakap awal2...
adik plak dah janji dgn kwn adik dulu..
tau2 esoknye diorg ckp tulah semalam awk xade..kitorg sume meeting...
asyik keluar je...
aduh maaa...
asyik keluar? meeting?
first diorg xckp ade meeting..
second yes i admit bulan tu wktu meeting tu adalah kali ketiga i keluar dgn my fren...

adik tau diorg tertekan..panick...dont know what to do...
me too!!
tapi Alhamdulillah skrg keadaan da ok sikit..
cume skrg semuenye macam moody n xbetul ckit...
adess....

mama..
seriusly..
without u family nie kucar kacir...
i'm quite stress n tension...
really2 wish that u r here...

Allah tu Maha Besar mama..
Dulu diorg byk mengata mama itu ini..
tapi skrg tgk la..
Selama bertahun2 lamanya mama yg settlekan sume masalah n cari jln penyelesaiannya...
skrg baru nampak...skrg bru terseingkap n terselak...
Allah memang nak kami semue jadi independant..
coz before this...its just u yg tanggung all the masalah family..
diorg cume tau complaint sahaja..
iAllah memang sgt2 sygkan mama..
n Allah memang nak sume org dlm rumah ni sedar...
dan jadikan diorg lebih bijak dan matang dlm membuat keputusan n settlekan problem...

now adik tau n faham kenapa masa mama sakit dulu mama selalu cakap mama xkan tinggalkan kitorg...
coz u already knew rite?
u knew that we're so hard to survive without u kan?

mama...
u r so kind n baik hati..
u sgt sayangkan semue org..
n i dont know wether diorg appreciate ke x...
but mama..
i love u so much!!!!
i appreciate segala yg mama buat utk family kite...
mama...i know u r always here with me..
help me to pray mama..
moga kami dapat selesaikan masalah ni..
n dpt hidup dgn tenang..
no more gaduh2...
no more blame each other..

n mama..
u know whats in my heart rite now rite?
i dont know mama..
skrg ni..
i just pray to Allah..
n berfikir jln penyelesaian..
but at the same time i tersepit...
coz i nakkan akhirat...
i nak bersih di 'mata' Allah...
but they ask me to do dunia...
i xckp yg dunia tu salah...
but...its something yg diorg akan minta lg mama..
n u knew what is it rite...

i miss u so much mama...T_T
Al-Fatihah...



Posted at Sunday, April 18, 2010 by secret_white
Make a comment  

Next Page