
Indahnya senyum
keredhaanmu.. Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia
memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala.
Orang Mukmin yang
sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri
dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa
dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh
atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar,
ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi;
terpulang pada ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh
senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT,
sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan
Hadis di atas Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan,
ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan
minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang
daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku
mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan,
aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh
itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri.
Sekiranya dia dapat kesusaa389;han pun, dia dapat pahala.
Jauh sekali bezanya
dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala,
mendatangkan dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang
senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau
seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan
ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH.
Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi
pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila
diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri
kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji.
Tapi sekiranya memang
tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang
kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih
sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara
manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.
JIWA TAUHID
Ubat untuk sakit jiwa
tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH
SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman,boleh berjoging
tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat
secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal,
makin lemah jiwa. Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH. Sebab
itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu
ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH
lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan
kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa
kita.
Mungkin waktu kita
muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya
waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga kawan, pukul
kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang. ALLAH balas
perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita pula.
Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah
mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri,
melalui anak, melalui orang lain untuk menghapuskan dosa.
Bila kita terasa dosa
kita terhapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke
Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah
bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, Kita akan sembelih lembu
lima, enam ekor. ltu baru penjara dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH)
lebih hebat dan menakutkan.
Patut kita sedar,
dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada kita, ALLAH tak mahu
hukum kita di Akhirat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita
tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran pahala daripada ALLAH,
maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok. Mana ada
manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun, walau
sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia
seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk
menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku
dengan ruas.
Bagi sesetengah
pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH
datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyusah dan
melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau
dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak nampak maha berkuasanya
ALLAH. Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam
yang haq. Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan
jemaah itu masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin
berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan
orang-orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan
mendukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada
jemaah itu kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh
bodyguard tapi akhirnya dapat dijatuhkan juga.
Kalau mengikut logik,
itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH. Jadi
tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian
oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia
di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di
dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua
kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sakit memang
sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang
pertimbangan. Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita,
isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu
rasakan di hati, Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat
apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.・
Jadi kalau kita tak
redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain
yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang
membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila
orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab
dia yang bersalah; dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas
dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak
masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH! Bila kawan silap sikit
dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan
kita, tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh
masuk Neraka...・Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut
susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah
atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga
daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya kita sedar
tentang hal ini.
DIDIKAN UNTUK WANITA
Bagi seorang isteri,
kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau
suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru balik, kita tak
akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. tak
apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan dengan cara inilah dosa
aku terampun・ Jadi kita tak akan marah-manahkan suami kita.
Yang hairannya, kita
ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak
apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang
silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang,
kita make don’t know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita,
kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula,
isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang
silap, dia tak sedar. Dia buat don;t know sahaja. Sebab itu pentingnya
tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadikan
alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ni dunia siapa yang
bikin?・Tentu dia jawab, tuhan ALLAH la...Tauhid macam itu, orang kafir
pun miliki.
Jadi kita mesti faham
akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit
sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, ni Aku beri peluang
untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi
mea389;ngapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewaan, kita
tak ambil peluang untuk cari pahala. Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik
nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat berikan pahala
sabar pula. Tadi diberi peluang dapat pahala syukur, sekarang diberi
peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi
peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala
tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya.
Kalau tak ada
kejadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala?
Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana
ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa
diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda kepada kita.
AMARAN ALLAH
Menjaga hubungan hati
dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian yang ALLAH timpakan
membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan
ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambarkan
bagaimana. Tentulah ALLAH murka.
Di dalam Hadis Qudsi
ada disebut: Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku,
maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari
langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. Bolehkah Kita cari
Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada bumi ALLAH?
Katalah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi
langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adaIah
kepunyaan ALLAH.
Demikian murkanya
ALLAH SWT hingga Dia berfirman demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian
dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh kita mencari bumi selain daripada
bumi-Nya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh
dengan keindahan sahaja. Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidupan di
bumi-Nya ini ada payah dan ada senang. Katakanlah, kita berdoa kepada
ALLAH, minta nikmat sahaja. Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu
bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja rezeki seringgit, Kita
tambah sembahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit
rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah
seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH.
Mampukah kita berbuat
begitu? Kalau tidak mampu, terimalah sedikit ujian daripada ALLAH,
untuk dapat pahala. Sebab kalau kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH
pun, bukannya kita boleh menambah bakti. Bukannya kita boleh menambah
kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat! Kalau selama ini kita
kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit bertambah
banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita berjanji dengan
Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang
dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang,
tambah sifat pemurah dan sebagainya.
Apakah kita mampu
berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita,
kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud untuk
memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham. Waktu
anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa
bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya.
Dia berkata dalam hati, tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku
dipiatnya.・Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana
tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih
sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tapi anak itu tak faham
didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik
sahaja; kalau dibiarkan diIanggar lori, lagi parah. Kalau dia faham,
tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan main di
tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan
tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak
mati pun, patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya
ayah dan ibu aku ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia
dengan aku.
BiIa si anak berfikir
begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak. Bayangkan
pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam dunia
ni, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya,
mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya
buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau
rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau
tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak.
Agak-agaknya
bagaimana manusia ini keadaannya? Begitu juga kalau kita sebagai ibu
bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya,
kita tak tegur atau rotan.
Bagaimana agak
keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit
hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan
ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun
pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya
telinga kita. Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di
waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai
sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia
yang seperti ini? Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak
disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini?
Jadi begitulah, ALLAH
susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari penderitaan yang besar
di Akhirat kelak. Kalau kita faham seperti fahamnya si anak tadi
terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima
kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT.
-sumber drpd www.weluvislam.com (as_saif)